Khamis, 20 Jun 2013

~~Aku Insan Itu~~






Akulah insan itu,
Insan yang terhanyut,
berlagak bak ratu,
hingga hati membatu...

Akulah insan itu,
mengejar duniawiku,
alpa tentang sesuatu,
Tentang DIA yang satu...

Dalam sujud dukaku,
bertubi ku sebut namaMu,
kala itu timbul sesalku,
dalam duka ku pohon dibantu...

Aku jauh dariMu,
Selalu senangku lupakanMu,
kunikmati nikmat dariMu,
tunduk malu atas jahilku...

Khilafnya insan sepertiku,
terlupakanMu dalam lakuku,
indah dunia dalam senyumku,
rupanya itu timbunan dosaku...

Sujudku kali ini meminta ampunMu,
terasa hina dan kerdil diriku,
memohon jalan kembali padaMu,
Berbekal taubat aku merayu...

Perlahan ku dekatiMu,
Berpapah lalu tersungkur aku,
mohon restu dan rahmatMu,
berharap sedikit kurniaMu...

Akankah terbuka pintu itu?
Buat seorang insan spertiku,
kerdilnya aku berdiri disitu,
dihadapan pintu SyurgaMu...










Catat Ulasan

Copyright © 2013 Designed by Fatin Shafiqah