Sabtu, 30 Mac 2013

~~Kekecewaan ~~


Hari ini, hadirmu menceriakan,
terlepas rindu tak tertenangkan,
Tapi kali ini pertemuan kelam,
Tiada gurau ,hanya wajah yang suram...

Walau hari ini akhirnya segala,
aku sang pengemis cinta,
cuba merayu manja,
kau memandang tanpa harga...

Dalam sayu hati nan sebak,
Airmata jatuh tak terseka,
kenangan muncul wangi semerbak,
pergimu menoreh luka...

Duhai hati,
Tak dapat ku rawat lukamu,
Kali ini aku jatuh lagi,
Tak mampu lagi menanti temu...

Perasaan berbaur sepi,
mata sentiasa terbasahi,
Tiada hadir dirimu,
Dunia bagai kelabu...

Masa kian menghimpit,
Kasih bagai terhimpit,
Simpang pembahagi laluan,
Kita terpisah haluan...

Sayang,
Kasihmu kuhargai,
tak aku khanati,
Namun aku terbelenggu sepi ..

Kekasih,
Betapa engkau aku harapkan,
betapa engkau kurindui,
Mengharap jawapan pasti ,
agar diri hari ini kau isi..


Jumaat, 22 Mac 2013

SAHABAT BERCINTA






Cinta kita sederhana,
Persahabatan kita luar biasa,
Tak bersama kemana-mana,
tapi hubungan kita perkasa...


,Cinta kita bukan tayangan,
Persahabatan kita bukan kenangan,
Walau apa pon rintangan,
Kita kan tetap bertaut tangan...

Walau tiada manjamu,
Cukuplah kita tahu,
Tentang kau dan aku,
Tiada apa yg kita ragu...

Kerna kita sahabat,
tiada jarak tiada tempat,
yang perlu kita siratkan,
kerana cinta kita telah tersurat...

Kita bersama tanpa tinta,
Takkan terpisah walau dipinta,
Kau sahabat bercerita,
Kaulah sahabat bercinta...

*chill... ni buat seseorang :)
  Sahabat ok... <3
Copyright © 2013 Designed by Fatin Shafiqah