Khamis, 24 Oktober 2013

Aku , kau dan pantai

Assalamualaikum , lama atin tak tulis dalam blog ni . 
Harini , atin tulis :)

AKU & PANTAI



Hari ini damai,
Dihiasi desiran pantai,
Pentas aku dilamar pujangga,
Lakonan segala rasa.

Ku lihat sang ombak,
dipukul badai masih ketepian,
Kisahku walau terkadang sebak,
Ku tahu aku takkan kesepian.

Sang bayu pula berirama,
Merdu tiada sumbangnya,
Dansa dipentas ciptaan kita,
Kau putera dan aku puterinya.

Kicauan unggas memecah sepi,
Kala aku tak lagi sendiri,
Tersemat megah dalam hati,
Bahawa kisahku kisah abadi.

Lantas segalanya sebati,
Bukan mimpi, ini realiti,
Kulalui indahnya hari,
Bersama sang pujaan hati,
Mencipta kenangan dipentas ini,
Pentas cerita cinta abadi,
Keta berdua sehati.



Copyright © 2013 Designed by Fatin Shafiqah